Suspek kes curi barang pemandu, kelindan lori berjaya dicekup 0 6092

SIBU: Polis berjaya menahan seorang lelaki pagi semalam susulan beberapa laporan polis berhubung kecurian dari dalam lori ketika pemandu atau kelindannya sedang memunggah barang di bandar ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, statistik menunjukkan 18 laporan polis telah diterima daripada pemandu dan kelindan lori sejak Januari hingga semalam.

“Berdasarkan laporan, pemandu dan kelindan lori terbabit mendapati barang-barang peribadi mereka hilang sekembalinya ke lori selepas berhenti untuk memunggah atau mengambil barang pesanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Stanley berkata, barang-barang peribadi yang sering dilapor hilang termasuk beg kecil atau beg pinggang yang ditinggalkan di tempat duduk hadapan atau di sekitarnya.

Menurutnya, insiden itu lebih ketara pada hujung bulan setelah mangsa terbabit memperolehi gaji.

Katanya lagi, selain wang, barangan atau dokumen peribadi seperti lesen, kad-kad bank turut diambil sehingga menyusahkan mangsa membuat gantian.

Menurutnya, modus operandi (MO) suspek ialah menghampiri lori secara rambang, dan apabila pemandu dan kelindan keluar untuk memunggah barang dari belakang lori, suspek bertindak membuka pintu depan lori yang tidak berkunci dan mengambil apa sahaja yang tercapai dan melarikan diri.

Sehubungan itu, risikan dan Ops Kesan yang dilancarkan pasukan JSJ diketuai Inspektor Irwan Hafiz berjaya menangkap seorang penganggur berumur 28 tahun di sebuah rumah di Kampung Hilir di sini sekitar jam 10.15 pagi semalam.

“Polis turut merampas sebuah beg pinggang dan dua resit jualan sebagai barang kes,” katanya.

Stanley berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam beberapa kes dengan merayau-rayau berjalan kaki mencari sasaran lori dan membuang beg-beg di beberapa tempat di Sibu.

Jelasnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di salah satu tempat kejadian yang merakam perbuatan suspek turut membantu pihak JSJ mengenal pasti suspek.

“Suspek akan direman dan menjalani saringan air kencing dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” tambah beliau. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13940

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13098

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news