Entulu, Entri dan dua Ahli Parlimen Bebas Sarawak sertai PKR 0 5523

Menteri dari Sarawak, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Sylvester Entri Muran sebentar tadi mengumumkan penyertaan merekandalam Pakatan Rakyat.

Kedua-duanya merupakan bekas anggota Kabinet di peringkat Persekutuan dan Negeri yang digugurkan dalam pilihan rata lalu.

Ketua Pergerakan Wanita Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin mengumumkan perkara tersebut di sini sebentar tadi.

Turut hadir ialah Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang juga Ahli Parlimen Selangau dan Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju.

Turut menyertai PKR ialah Ahli Parlimen Julau yang juga bekas anggota kabinet negeri, Larry Sng dan Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang.

Ini menjadilan jumlah Ahli Parlimen Kerajaan dari Sarawak adalah seramai 12 orang, dengan enam daripada PKR.

Yakin akan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menjadi faktor mereka menyertai PKR. –Sarawakvoic

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13421

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8132

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news