Entulu umum tidak bertanding di kerusi Selangau 0 5634

SIBU: Bagai satu tamparan kepada pembulinya, Datuk Joseph Entulu Belaun hari ini mengesahkan beliau tidak akan menyertai Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei depan sebagai calon Bebas.

Sebaliknya, beliau menyeru para penyokongnya agar terus menyokong calon Barisan Nasional (BN), Rita Sarimah Insol.

Beliau berkata demikian kepada para penyokongnya di rumah panjangnya di
Rumah Jangit, Sungai Igu, di Tamin.

“BN telah membawa banyak kemajuan dan pembangunan kepada kawasan ini,” katanya yang disambut dengan linangan air mata para pengikutnya.

Ternyata, Entulu melakukan tindakan bijak, matang dan mengejutkan, namun bukan jaminan ia laluan yang mudah untuk Rita.

Rita akan berhadapan dengan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Baru Bian yang juga Adun Ba’kelalan.

Namun pertembungan dijangka menarik kerana kedua-duanya tidak berpusat di kawasan itu sebelum ini.

Menurut penganalisis tempatan, bukan rahsia Rita terpaksa berhadapan gelora protes penyokong Entulu, yang tidak berpuas hati, bukan kerana beliau tidak dicalonkan tetapi pemecatannya.

Lebih 1,000 penyokong Entulu hadir ke majlis tersebut yang dianggap sebagai penamat kerjaya politik bekas pensyarah yang menjadi ahli parlimen selama tiga penggal itu.

Kedudukan ini menjadikan kerusi Selangau sebagai tumpuan paling panas esok. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8423

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news