Kami minta seluar, tetapi baju yang diberi, kata pengundi Mukah 0 5665

MUKAH: Penamaan Hanifah Taib sebagai calon di Mukah jelas bukan sahaja mengecewakan rakyat dan pengundi, tetapi turut dimanifestasikan daripada tindakan mereka setakat ini.

Penduduk Mukah mahu calon yang dilahirkan dan dibesarkan di Mukah, tetapi Hanifah pula yang ditampilkan.

“Kami minta seluar, tetapi baju yang diberikan,” kata seorang pengundi yang enggan dinamakan.

Bukti kekecewaan mereka terserlah daripada keadaan di sekitar pejabat PBB di sini.

“Tidak ada sebarang bendera dipasang. Berbeza daripada sebelum ini. Ini tanda rasa putus asa dan protes yang membara,” kata pengundi berkenaan.

Gambar berkenaan diambil pada 7.45 pagi ini.

“Tunggu hari 9 Mei nanti. Kami tahu apa yang hendak dilakukan,” katanya membayangkan bahawa pengundi akan turun mengundi, tetapi bukannya mengundi Hanifah.

Hanifah menggantikan penyandang Tan Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad yang turut mengecewakan pengundi kerana prestasi yang amat buruk terutama pada penggal terakhir. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13522

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news