Fadillah anggap pemilihan sebagai calon BN pertahan Petra Jaya sebagai amanah besar 0 5608

KUCHING: Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato’ Sri Fadillah Yusof sebentar tadi menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional.(BN) kerana sekali lagi meletakkannya sebagai calon parti itu di Parlimen P194 Petra Jaya.

“Saya berterima kasih kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pusat dan Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, selaku Pengerusi Barisan BN Sarawak atas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk sekali lagi mempertahankan kerusi ini.

Katanya, ia adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebaik mungkin.

“Saya berikrar tidak akan mempersia-sia akan kepercayaan ini dan akan berkhidmat sebaik mungkin, jika terpilih sekali lagi untuk menjadi Ahli Parlimen di kawasan Petra Jaya pada pilihan raya kali ini.

“Saya juga berterima kasih kepada penduduk P194 Petra Jaya atas sokongan padu yang diberikan kepada saya selama bergelar wakil rakyat di Parlimen Petra Jaya dan berharap sokongan berterusan diberikan pada hari pengundian PRU-14 pada 9 Mei kelak.

 

Katanya, sokongan itu akan membolehkan usaha digiatkan bagi merancakkan agenda pembangunan di kawasan Parlimen Petra Jaya untuk tempoh 5 tahun lagi.

“Komitmen saya kepada warga P194 Petra Jaya adalah untuk meneruskan kesinambungan pembangunan fizikal, khususnya infra rakyat dan infra sosial termasuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik, mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan serta merancakkan lagi pembangunan modal insan.

“Begitu juga pembangunan pendidikan dan latihan kemahiran di samping pembangunan sahsiah,” katanya.

Kepada rakan-rakan seperjuangan daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang tidak mempertahankan kerusi masing-masing, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

“Sesungguhnya semangat perpaduan yang kukuh dan prinsip meletakkan keutamaan parti melebihi kepentingan diri menjadi nadi kekuatan PBB selaku tonggak BN Sarawak selama ini.

Antara rakan seperjuangan Fadillah yang berundur termasuklah Tan Sri Dr Muhammad Leo Micheal Toyad (bekas Ahli Parlimen Mukah); Datuk Wahab Dolah (bekas Ahli Parlimen Igan); Datuk Dr James Dawos Mamit (bekas Ahli Parlimen Mambong; Datuk Ahmad Lai Bujang (bekas Ahli Parlimen Sibuti) dan Datuk Norah Tun Rahman (bekas Ahli Parlimen Tanjong Manis). –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news