Fadillah Mahu Kes Petronas Lawan Kerajaan Negeri Sarawak Diselesaikan Mengikut Lunas Undang-Undang 0 5586

KUCHING – Biarlah undang-undang yang menentukan keputusan pertikaian Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 yang membabitkan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Naib Presiden Kanan PBB yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof berharap kes itu akan dapat diselesaikan mengikut lunas undang-undang.

“Memandangkan mereka (Petronas) telah memfailkan prosiding di mahkamah, saya sarankan kita menyelesaikan perkara ini mengikut lunas undang-undang.

“Saya yakin bahawa Kerajaan Sarawak akan mempertahankan hak Sarawak dan rakyat mengikut lunas undang-undang serta bukti yang ada di Sarawak,” tegasnya ketika diminta mengulas mengenai isu ini yang menjadi bualan rakyat Sarawak semalam.

Semalam, Petronas telah mengumumkan pihaknya sedang memfailkan permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan deklarasi berhubung Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 sebagai undang-undang yang terpakai dalam industri petroleum di Malaysia.

Ini susulan daripada penubuhan Syarikat Petroleum Sarawak (Petros) yang akan mula beroperasi pada Julai ini dengan Kerajaan Negeri Sarawak akan bertanggungjawab penuh ke atas segala sumber yang ada di muka bumi dan perairannya.

Justeru, mana-mana syarikat minyak yang akan menjalankan kegiatan mereka di negeri ini perlu untuk mendapatkan kebenaran dan lesen daripada Kerajaan Negeri Sarawak sebelum dibenarkan beroperasi secara sah. – SarawakToday

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13470

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news