Ferrari milik Aliff Syukri terbakar 0 5758

ALIFF Syukri memuat naik satu video menunjukkan Ferrari itu sedang terbakar.

KUALA LUMPUR: Kereta Ferrari model 458 Italia yang terbakar di Kilometer 39.5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah dari USJ ke Plaza Tol Sunway dekat sini, petang semalam adalah milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Perkara itu disahkan sendiri oleh beliau melalui satu paparan yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, hari ini.

Pada paparan itu, Aliff Syukri memuat naik satu video beliau sedang bersedih tanpa sebarang kata-kata bersama selitan satu video menunjukkan Ferrari itu sedang terbakar, dipercayai rakaman orang awam.

“Aku insan yang lemah.. kuatkanlah semangatku ya Allah. Apa patut saya buat, kereta kesayanganku aku beli RM1.8 juta,” katanya menerusi keterangan dalam posting video di Instagramnya itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata ketika kejadian, kenderaan mewah terbabit dipandu oleh orang lain, seorang lelaki warga Australia berusia 29 tahun.

Katanya, pemilik kenderaan hadir membuat laporan kejadian pada jam 10.30 malam tadi.

“Menerusi keterangan pemandu, dia menyedari kebakaran bermula di bahagian ekzos dan bertindak memberhentikan kenderaan itu di lorong kecemasan.

“Lebih kurang seminit selepas dia berhenti dan keluar daripada kenderaan, berlaku letupan yang menyebabkan api marak membakar kereta mewah itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kenderaan itu terbakar kira-kira 30 minit sehinggalah api berjaya dipadamkan oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.

Menurut Azman, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pemandu dikenali sebagai Alladin El Mir itu terselamat tanpa sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun, kenderaan yang dipandunya musnah seratus peratus. Kita masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kejadian,” kata beliau–BH ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13857

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8169

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news