Firma Taiwan beli kilang Western Digital di PJ 0 5423

Firma Taiwan beli kilang Western Digital di PJ

KUALA LUMPUR: Pengeluar pengeluar rekaan tulen (ODM) dari Taiwan, Wistron Corporation akan membeli alih kilang ikonik Western Digital (Malaysia) pada nilai RM120 juta.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata, urus niaga terbabit akan dilaksanakan melalui anak syarikatnya.

Wistron mempunyai operasi di Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan Asia termasuk juga di Malaysia.

Kilang pemasangan pemacu cakera keras (HDD) Western Digital yang terletak di Zon Perindustrian Dagangan Bebas (ZPDB) di Sungei Way, Petaling Jaya, telah dibuka untuk jualan pada tahun lalu.

Perunding hartanah global, Knight Frank Malaysia (Knight Frank) telah dilantik secara rasmi sebagai ejen eksklusif bagi menguruskan jualan itu.

Terdapat dua kemudahan kilang yang dibuka untuk jualan, masing-masing berada di sebelah timur dan barat zon berkenaan.

Zon dagangan bebas adalah zon pemproses eksport yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan industri berasaskan eksport.

Syarikat yang beroperasi di zon berkenaan diberikan pelepasan cukai import ke atas bahan mentah, komponen, peralatan, jentera dan perkakasan yang diperlukan secara langsung dalam proses pengeluaran.

Western Digital mengendalikan operasi kilang itu bagi pengeluaran pemacu keras syarikat dan telah menempatkan perkakasan gred tinggi di kemudahan terbabit termasuklah bilik bersih ‘Class 100’.

Knight Frank dalam kenyataannya berkata, penjualan kilang itu membuka peluang yang baik bagi pengilang besar lain yang mahu mengembangkan operasi mereka di Malaysia dengan kemudahan gred tinggi yang sudah siap sedia digunakan bagi operasi segera.

Western Digital pada Mac 2019 berkata, penjualan kemudahan itu berikutan pertimbangan berkaitan kakitangan, pengeluaran dan perniagaan yang dibuat di Malaysia.

Western Digital menghentikan operasi pembuatan di Petaling Jaya pada akhir 2019 sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk merasionalisasikan operasi pembuatan HDD secara global kerana permintaan yang semakin menurun.

Western Digital masih mempunyai kemudahan pembuatan di Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.  – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12484

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news