Lelaki pukul bomba dipenjara enam bulan 0 6105

Lelaki pukul bomba dipenjara enam bulan

KAJANG: Seorang lelaki yang menjadi tular selepas mencederakan seorang anggota bomba ketika sedang memadamkan kebakaran keretanya dihukum penjara enam bulan dan denda RM6,000 di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Tertuduh, Kan Hong Kit, 33, mengaku salah di hadapan Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli, dengan sengaja melakukan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam, Alfred Rudy Tungku, 26, daripada kewajipannya sebagai anggota bomba.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tepi Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Bt 9, Cheras, Hulu Langat sekitar jam 10.40 pagi, 15 Oktober lalu, mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian pada jam 12.19 tengah hari 15 Oktober lalu, polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima satu laporan seorang anggota Bomba dari Balai Bomba Tun Hussein Onn ditumbuk tertuduh ketika sedang menjalankan kerja memadam kebakaran sebuah kereta di Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Selangor.

Ketika itu, anggota bomba sedang memadam kebakaran sebuah kereta yang terbabit dalam kemalangan, tiba-tiba datang tertuduh yang mengaku sebagai pemilik kereta meluru masuk ke kawasan tempat kejadian dan mahu menghampiri keretanya.

Pegawai bomba yang bertugas ketika itu memberikan arahan supaya tertuduh bertenang dan memberikan kerjasama pada pihak bomba.

Namun, tertuduh menjadi agresif dan secara tiba-tiba meluru ke arah anggota bomba dan menumbuk lengan sebelah kiri anggota bomba.

Bagi kesalahan itu, Muhammad Noor Firdaus menjatuhkan hukuman satu bulan penjara bermula hari ini terhadap tertuduh yang bekerja sebagai pengurus acara sambilan dan masih bujang itu.

Dalam penghakimannya, Muhammad Noor Firdaus mengambil kira kepentingan awam dan berharap kejadian itu dapat dielak daripada dilakukan orang lain.

“Kesalahan sebegini terhadap penjawat awam tidak sewajarnya berlaku. Bagaimanapun, mahkamah juga mempertimbangkan mengenai latar belakang tertuduh dan ini adalah kesalahan pertama serta pengakuan bersalah tertuduh,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairul Iqram Hairuddin manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Sebelum itu, Muhammad Hairul Iqram meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas tertuduh memandangkan kejadian berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sepatutnya tertuduh memberi kerjasama kepada penjawat awam bertugas yang mahu memadamkan kebakaran keretanya daripada meletup. Saya cadangkan hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada orang awam supaya tidak cuba memperlekeh tugas penjawat awam khususnya petugas barisan hadapan,” katanya.

Sementara itu, dalam tuduhan kedua di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain, Hong Kit mengaku bersalah dan dihukum penjara lima bulan dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu.

Malah, lesen memandu tertuduh digantung selama dua tahun.

Mengikut pertuduhan, Kan didakwa memandu kereta Proton Persona secara melulu dengan kelajuan dan merbahaya kepada orang awam di lokasi yang sama sekitar jam 10.26 pagi, 15 Oktober lalu. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13938

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13095

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news