FOTOGRAFI BERTEMAKAN “KOMUNITI DENGAN NORMA BAHARU KEHIDUPAN” 0 8945

Lanjutan Tarikh Tutup Penyertaan : 23 Oktober 2020

 

  1. MAKLUMAT PERTANDINGAN
    1. Pertandingan ini dianjurkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan;
    2. Pertandingan terbuka kepada semua warga Sarawak yang berumur 18 tahun ke atas dan menetap di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan;
    3. Penyertaan pertandingan adalah

 

 

B.   SYARAT PERTANDINGAN

  1. Tema pertandingan ialah KOMUNITI DENGAN NORMA BAHARU KEHIDUPAN yang mencerminkan corak hidup rakyat Sarawak dalam mengamalkan norma baharu semasa wabak Covid-19. Skop pertandingan adalah gaya hidup komuniti setempat dalam usaha memikulkan tanggungjawab sebagai rakyat Sarawak untuk membendung wabak COVID-19 bersama;

 

  1. Setiap penyertaan hendaklah disertakan borang online yang dilengkapi Tajuk Gambar, Nama, Alamat, Nombor Kad Pengenalan,Nombor Telefon, e-mel untuk dihubungi, Tempat Pihak Berkuasa Tempatan, Kategori Penyertaan;

 

  1. Semua gambar penyertaan mestilah asli, merupakan idea sendiri dan tidak mengandungi elemen pengubahsuaian. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli;

 

  1. Penyertaan dibatalkan serta merta sekiranya gambar yang dihantar pernah disiarkan didalam akbar tempatan, memenangi atau menyertai pertandingan- pertandingan fotografi yang lain;

 

  1. Seorang peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) keping gambar untuk setiap kategori sahaja. Gambar yang diambil mestilah dihantar melalui email kepada [email protected].

 

  1. Sekiranya gambar yang dihantar dipilih sebagai pemenang. Peserta yang berkenaan hendaklah menghantar fail hasil gambar beresolusi tinggi kepada pihak penganjur. Kegagalan untuk membuat demikian akan mengakitbatkan hasil gambar tersebut tidak akan digunakan untuk tujuan publisiti dan penyertaan peserta terbatal.

 

  1. Peserta perlu menggunakan borang atas talian (online) bagi tujuan menghantar penyertaan. Gambar tersebut perlulah dalam format JPEG, beresolusi tinggi (sekurang-kurangnya 300dpi) dengan saiz gambar penyertaan sekurang- kurangnya 2MB. Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang penyertaan yang disediakan dan boleh dimuat turun di laman web (https://mlgh.sarawak.gov.my/) Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak;

 

  1. File digital hasil gambar yang dihantar bagi tujuan pertandingan ini perlu dinamakan dengan nama penuh peserta dan diikuti dengan Kategori Pertandingan.

 

Contoh : nancy atok_kategori smartphone

 

  1. Semua penyertaan yang dihantar adalah hak mutlak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak. Ia akan digunakan bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku, laman web dan lain-lain;

 

  1. Hadiah berupa wang tunai beserta cenderahati dan sijil penyertaan akan diberi kepada pemenang-pemenang seperti berikut:

 

 

Bil

 

Pemenang

Jumlah OrangHadiah Tunai
Kategori Kamera DSLRKategori

Smartphone

i.Juara1 orangRM 1,500.00RM 1,000.00
ii.Tempat Kedua1 orangRM 1,000.00RM 800.00
iii.Tempat Ketiga1 orangRM 800.00RM 600.00
iv.Tempat Keempat1 orangRM 600.00RM 400.00
v.Tempat Kelima1 orangRM 400.00RM 200.00
vi.Sagu hati10 orangRM 200.00RM 100.00

 

  1. Penyertaan perlu dihantar sebelum 23 Oktober 2020 (Jumaat) sebelum jam

5.00 petang;

 

  1. Setiap penyertaan bermakna peserta telah membaca dan bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan;

 

  1. Semua pemenang akan dihubungi melalui telefon dan/atau e-mel untuk penerimaan hadiah. Acara Penyampaian hadiah akan dimaklumkan kemudian;

 

  1. Peserta yang tidak dapat dihubungi sehingga 1 bulan dari tarikh tutup dianggap gagal;

 

  1. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan penyertaan yang dihantar selepas dari tarikh tutup

 

  1. Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa, sekiranya

 

C.   KRITERIA PENGHAKIMAN

 

  1. Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim yang telah dilantik oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak;
  2. Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan permatuhan syarat-syarat pertandingan seperti yang digariskan;
  3. Penilain dan penghakiman terhadap karya foto adalah tertumpu pada mesej, tema dan kreativiti di dalam gambar. Selain itu juga, dari segi teknikal, komposisi, contrast / warna, pencahayaan gambar diambil
  4. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tiada bantahan akan diterima.

 

D.   HAK MENGGUNA

 

  1. Peserta berhak mengekalkan hak milik ke atas hasil gambar yang dipertandingkan dan bersetuju untuk memberi hak mutlak kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak sebagai penganjur untuk mengguna, menghasilkan semula, penyunting, mempamer, menyiarkan, menjadikan sumber, pengubahsuai, tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku, laman web dan lain-lain tujuan, dan hak ini tidak boleh ditarik balik, akan beterusan dan bebas daripada pembayaran sebarang
  2. Peserta tidak dibenarkan untuk menjual atau berniaga hasil sumber untuk apa-apa tujuan kecuali selepas pemenang keseluruhan pertandingan telah diumumkan oleh pihak
  3. Setiap penyertaan yang diterima tidak akan dikembali dan hasil gambar yang telah dihantar untuk penyertaan tidak akan dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang

 

E.   TARIKH TUTUP PENYERTAAN

 

  1. Semua penyertaan borang yang telah lengkap diisi berserta dengan gambar mesti sampai kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak sebelum pada 23 Oktober 2020 (Jumaat) sebelum jam

5.00 petang melalui emel kepada [email protected].

 

F.   PERTANYAAN LANJUT :

 

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan   Sarawak   (Pegawai   dihubungi   :   Puan    Bong    Lin    Sze/    Cik Sheyroll anak Makam) di talian 082-311634/313560 atau emel kepada [email protected].

 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news