Gabriel Recipe restoren pertama di Sarawak menjual ayam goreng bersalut biji lada hitam 0 7480

SIBU: Kegigihan seorang anak muda tempatan ini mencipta resipi ayam goreng bersalut biji lada hitam harus dibanggakan kerana ia merupakan identiti atau mercu tanda kepada perkembangan industri pemakanan khususnya dalam pertumbahan restoran -restoran makanan Layan diri di negeri ini.

Gabriel’s Recipe telah menjadikan ayam goreng ‘Peppercorn Chicken’ sebagai menu utama di restorennya itu.
Beliau Percaya menghasilkan produk sendiri dengan menggunakan herba keluaran utama negeri ini iaitu lada Hitam Sarawak .
“Ayam goreng bersalut biji lada hitam sarawak  ‘Peppercorn Chicken’ adalah menu utama Gabriel’s Recipe yang merupakan produk tempatan.
Ia tidak sama dengan ayam-ayam goreng restoren makanan Layan diri yang lain kerana ia mempunyai rasa tersendiri.

Ayam yang digunakan adalah 100% segar yang didatangkan terus dari ladang dan Halal. Mereka yang berminat untuk mencuba pelbagai menu-menu istimewa dan unik di restoren tersebut bolehlah mengunjungi Gabriel’s Recipe yang terletak di No.5 (Tingkat Bawah dan Tingkat 1), Jalan Tun Abang Haji Openg 1 (seberang Pasaraya Sing Kwong lama) dibuka jam 10pagi sehingga 11 malam pada setiap hari.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news