Gadis 14 tahun dirogol 3 kali oleh kenalan baru dikenal 1 5755

KUCHING: Malang menimpa seorang gadis berusia 14 tahun yang mendakwa dirogol sebanyak tiga kali oleh seorang remaja yang baharu dikenalinya kurang dari seminggu.

Difahamkan mangsa hanya melaporkan perkara tersebut kepada polis pada 25 Julai yang mendakwa insiden tersebut berlaku sejak dia mengenali suspek pada 2 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah ACP Ng Ah Lek semasa dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu pihaknya memberkas suspek berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Gersik, di sini.

“Mangsa mendakwa dirogol sebanyak tiga kali oleh suspek yang baharu dikenalinya kurang seminggu di sebuah taman rekreasi berdekatan Wisma Bapa Malaysia sejak 2 Jun lalu.

“Susulan daripada laporan tersebut, suspek ditangkap hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan dan siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun
Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan,” jelas Ng. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15418

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news