Gaji minimum janji dalam tempoh lima tahun 0 5573

Kerajaan memberi komitmen tinggi untuk merealisasikan  kadar janji minimum baharu sektor swasta  kepada RM1,500 sebulan seperti yang termaktub dalam  manifesto Pakatan Harapan (PH) sungguhpun ini bukan janji yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pentadbiran.

Sebaliknya Timbalan  Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata janji itu adalah untuk dikotakan dalam tempoh lima tahun pentadbiran PH.

“Perlu diperjelaskan kepada rakyat bahawa janji itu bukan untuk tempoh 100 hari tapi lima tahun dan apabila menjelang berakhirnya penggal, baru kita dapat fikirkan cara perlaksanaannya tetapi buat masa ini kadar gaji minimum ini telahpun bermula dan akan dikaji semula setiap dua tahun” katanya kepada pemberita di Kampung Padang Lalang di sini, hari ini.

Khamis lepas Menteri Tenaga Manusia, M Kula Segaran dalam Dewan Rakyat memaklumkan   bahawa Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) telah selesai menjalankan Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2016 dan syor kajian  itu akan dibentangkan kepada kerajaan dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, Mahfuz menyerahkan cek bayaran Faedah Pengurusan Mayat dari Skuad Prihatin Perkeso Kedah berjumlah RM2,000 kepada Salihah Che Pi, 54 yang kematian suami Johari Zakaria, 60, pada 17 Julai lalu selepas ditimpa bumbung kilang perabot dalam kejadian ribut di Jalan Gunung Keriang.

Turut hadir, Pengarah Perkeso Kedah Mamsor Abdul Manaf dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Ismail Salleh.

Sementara itu  Mahfuz berkata majikan wajib membuat caruman kepada pekerja kontrak dan sementara yang berada dalam sektor awam kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Ramai pekerja kontrak dan sementara yang masih belum dicarum mungkin kerana tidak tahu hak mereka selain takut untuk memaklumkan kepada pihak Perkeso kerana bimbang akan diambil tindakan oleh pihak majikan sedangkan caruman ini penting untuk masa hadapan sekiranya berlaku kemalangan atau kematian.

“Pekerja juga tidak wajar diambil tindakan oleh majikan seperti menamatkan kontrak sekiranya membuat aduan kepada Perkeso kerana itu hak mereka.

“Saya akan akan maklumkan dan berbincang perkara ini dengan menteri supaya semua majikan terlibat akan membuat caruman kepada pekerja kontrak dan sambilan mereka,” katanya.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15402

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news