Sarawak bertegas mahu hak ke atas minyak dan gas 0 5670

Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi hadir menyaksikan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak di Dataran Perayaan di Kuching pagi ini.-UTUSAN ONLINE

KUCHING 22 Julai – Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya empat kali ganda jumlah peruntukan semasa untuk membangunkan infrastruktur lebih baik di seluruh negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan besar itu diperlukan terutama membabitkan infrastruktur di kawasan luar bandar.

Justeru, ujarnya, Sarawak bertegas mahukan hak ke atas minyak dan gas yang dilombong di perairan negeri ini supaya memperoleh lebih banyak pendapatan untuk pembangunan.

“Rizab kewangan semasa yang kukuh adalah sebahagian daripada pengumpulan hasil industri minyak dan gas di perairan Sarawak.

“Kami menjangka akan mendapat lebih banyak daripada gas kami kerana sekarang kami mempunyai 10 peratus kepentingan dalam LNG Train 9 dan 25 peratus dalam LNG 3,” katanya berucap dalam Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak di Dataran Perayaan di sini pagi ini.

Beliau berkata, wang itu nanti akan diberikan kepada rakyat apabila kerajaan negeri membangunkan bekalan air luar bandar, membina lebih banyak jambatan dan jalan.

Katanya, langkah tersebut merupakan cara berkesan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan Persekutuan yang perlu menjaga seluruh negara.-UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13719

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8164

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news