Gaji Minimum RM1500 Untuk Rakyat Bekerja Dalam Negara 0 5690

JOHOR BAHRU – Gaji minimum dicadang dinaikkan sehingga RM1,500 dengan kadar segera sebagai langkah untuk menggalakkan lebih ramai rakyat kekal berkhidmat di negara ini serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Dr S Ramakrishnan berkata , kenaikan gaji itu juga seiring dengan kos sara hidup yang semakin meningkat selain menjadi dorongan bagi menarik pekerja tempatan.

“Gaji minimum ini amat serius, kita mahu naikkan kepada RM1,500 tetapi kenaikan yang diumumkan RM1,050 yang nilainya kecil menyebabkan pekerja tidak berpuas hati,” katanya kepada pemberita pada program Projek Mendaftar Anak Malaysia di Dewan Kuil Arulmigu Sri Rajamariamman di sini, hari ini.

“Tetapi memandangkan keadaan negara ketika ini, tidak boleh juga untuk salahkan kerajaan namun gaji minimum tetap harus dinaikkan kerana ia boleh menyebabkan pekerja tempatan tidak mahu bekerja,” tambah beliau lagi.

Ramakrishnan berkata untuk mewujudkan pekerja yang berkemahiran, kenaikan gaji juga menjadi pendorong seperti yang dilakukan negara jiran, yang mana kesannya dapat meningkatkan kecekapan dalam sektor teknologi dan inovasi.

Pada 5 Sept, kerajaan mengumumkan pelaksanaan kadar gaji minimum yang seragam di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuatkuasa 1 Jan, 2019.

Sementara itu, Projek Mendaftar Anak Malaysia dengan kerjasama Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar (DHRRA) yang bermula semalam, telah menarik kira-kira 800 orang yang berdepan masalah kewarganegaraan.

Ramakrishnan berkata menerusi program itu, sukarelawan akan membantu menyemak dokumentasi yang diperlukan untuk memproses pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang akan dijalankan 18-20 Sept ini.

Jelasnya, terdapat ramai rakyat di negeri ini mengalami kesukaran untuk mendapatkan status kewarganegaraan berikutan pendaftaran mereka tidak diterima oleh pihak JPN disebabkan pelbagai masalah.

Antaranya kesukaran mendapatkan kad pengenalan dan surat beranak seperti masalah negara kelahiran ibu dan bapa pemohon, selain ada antara mereka memiliki kad pengenalan berwarna merah sejak sebelum merdeka sehingga kini.

“Kita juga akan membantu mendapatkan maklum balas daripada JPN berhubung permohonan mereka selepas pendaftaran dilakukan dan berharap ​​​​​​​pendekatan yang dibawa kerajaan baharu ini lebih mesra dan dapat menyelesaikan isu berkaitan kewarganegaraan,” katanya. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15273

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8402

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news