Gaji minimum sektor swasta dibincang seawal minggu ini 0 5688

M. Kula Segaran (tiga, kiri) beramah mesra bersama kontinjen negara pada majlis Pelepasan Kontinjen Negara ke Asean Skills Competition (ASC) Bangkok 2018 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.Turut sama Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar (empat, kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Nidzam Kamarulzaman (dua, kiri). – Foto BERNAMA

SEPANG: Kabinet dijangka membincangkan isu gaji minimum sektor swasta sama ada minggu ini atau minggu depan, kata Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.

Beliau berkata, kertas Kabinet mengenai isu gaji minimum sudah dikemukakan, namun Kabinet meminta beberapa perkara lain untuk diteliti.

“Ia (Kertas Kabinet) sudah pun dikemukakan. Justeru, ia akan dibincangkan sama ada minggu ini atau minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Kontinjen Negara ke Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC 2018) kali ke-12 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar merangkap Pengerusi Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Nidzam Kamarulzaman.

Pada 4 Ogos lalu, media melaporkan, kerajaan akan memuktamadkan kadar permulaan gaji minimum sektor swasta selepas mesyuarat Kabinet.

Kulasegaran dilaporkan berkata, kerajaan juga akan menetapkan satu kadar yang seragam bagi gaji permulaan sektor swasta di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Malaysia menyasarkan untuk membawa pulang lebih 10 pingat emas menerusi acara ASC 2018 yang berlangsung dari 26 Ogos hingga 4 September di Bangkok, Thailand.

Menurutnya, antara 24 bidang dipertandingkan pada acara itu, delegasi Malaysia dilihat mempunyai peluang cerah menerusi bidang masakan, dandanan rambut dan automotif.

Katanya, pada masa sama, untuk pertandingan kali ini, seramai 48 peserta mewakili negara dan mereka terdiri daripada penuntut institut kemahiran awam dan swasta, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pekerja mahir industri serta diiringi 37 pakar negara.

“Pertandingan kemahiran ini adalah agenda penting ke arah memajukan latihan kemahiran di Malaysia dan penyertaan kontinjen negara dapat memperlihatkan keupayaan tenaga mahir negara di persada antarabangsa khususnya di rantau ASEAN.

“Pembabitan Malaysia juga selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing, berkualiti dan berkemahiran tinggi,” katanya.

ASC adalah pertandingan kemahiran berprestij ASEAN yang diadakan dua tahun sekali yang disertai oleh belia berkemahiran dari semua negara anggota ASEAN berusia 22 tahun ke bawah kecuali untuk bidang mechatronics membabitkan peserta berusia 25 tahun ke bawah.

Sehingga kini, Malaysia menjadi tuan rumah sebanyak tiga kali dan menyertai ASC sebanyak 11 kali.

Pencapaian terbaik kontinjen Malaysia adalah pada 2016 apabila menjadi johan keseluruhan dengan memungut 22 pingat emas. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14891

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8354

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news