Ganti BR1M jadi geran perniagaan – Fatimah Abdullah 0 5561

Bantuan kebajikan berbentuk produktiviti, berbanding pemberian wang tunai diyakini menjadi inisiatif paling berkesan menggantikan Bantuan Sara Hidup atau dulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata Kerajaan Pusat perlu menumpukan kepada program kebajikan seperti itu dengan wang tunai digunakan sebagai permulaan modal perniagaan.

“Peruntukan diberi dalam Bantuan Sara Hidup atau BRIM dulunya perlu diubah kepada geran perniagaan kepada mereka yang layak untuk membuka perniagaan sendiri. Ini lebih praktikal kerana mampu menjana pendapatan kepada penerima.

“Pemansuhan tanpa ada sebarang bentuk penggantian adalah sesuatu tidak wajar dibuat kerana akan menjejaskan sosio ekonomi golongan miskin tegar dan miskin,” katanya ketika mengulas
Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad, berkenaan pemansuhan Bantuan Sara Hidup atau BR1M oleh Kerajaan Pusat.

Sejak 2012 hingga tahun ini, sebanyak RM32.72 bilion sudah dibayar kepada tujuh juta penerima dengan nilai peruntukan bertambah setiap tahun bermula 2012 dengan RM2 bilion; 2013 (RM3 bilion); 2014 (3.6 bilion); 2015 (RM5.3 bilion); 2016 (RM5.9 bilion); 2017 (6.8 bilion) dan 2018 (6.12 bilion).

Sementara itu, Program Akhiri Zaman Miskin (AZAM) perlu kekal dilaksanakan berikutan Sarawak masih mempunyai populasi miskin tegar dan miskin.

“Program AZAM sudah terbukti memberi kesan bagi penerima menambah pendapatan, sekali gus mengeluarkan mereka dari kempompong kemiskinan,” kataΒ Fatimah.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13191

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8104

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news