Gara-Gara pukul pegawai imigresen dan anggota Rela, 5 orang warga Brunei ditahan di Limbang 0 5994

LIMBANG: Seorang pegawai imigresen dan dua anggota RELA lebam di bahagian tangan, kaki dan badan apabila dikasari lima lelaki warga Brunei ketika cuba memasuki Pusat Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Tedungan selepas waktu operasi ditutup di sempadan malam tadi.

Ketika kejadian, lima suspek berusia 20 hingga 30 tahun cuba melalui laluan kegunaan anggota Imigresen setelah tempoh operasi tamat sekitar jam 12.10 malam.Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata ketiga-tiga mangsa yang sedang bertugas ketika itu dipukul dan ditendang menyebabkan mereka mengalami kecederaan lebam di bahagian tangan, kaki dan badan.

“Difahamkan ketika kejadian, suspek-suspek terbabit dipercayai di bawah pengaruh alkohol  dan cuba untuk menggunakan laluan tersebut untuk balik ke Brunei selepas operasi sempadan berakhir,” katanya hari ini.

Mohd Bukhori berkata lima suspek itu diberkas pada jam 12.20 tengah hari tadi, manakala sebuah kereta yang digunakan turut dirampas.Mangsa katanya, telah mendapat rawatan kecederaan di Hospital Limbang sebagai pesakit luar.

“Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Limbang untuk tindakan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut.”Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan / 447 Kanun Keseksaan,” ujar beliau lagi. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13446

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8138

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news