Gara-gara tidak guna kondom, wanita buat laporan polis 0 7084

KUALA LUMPUR : Seorang wanita tempatan membuat laporan polis terhadap kenalannya selepas tidak berpuashati dengan tindakan lelaki warga asing berkenaan yang mencabut kondom semasa mengadakan hubungan seks.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan menerima laporan wanita berkenaan Sabtu lalu.

Mengikut laporan, pasangan itu melakukan hubungan intim di sebuah pangsapuri di Cheras.

Sebelum mengadakan hubungan seks, wanita tersebut telah meletakkan syarat supaya lelaki warga asing itu perlu menggunakan kondom.

Namun, lelaki tersebut telah mencabut kondom ketika melakukan hubungan seks.

Tindakan itu menyebabkan wanita berkenaan membuat laporan polis kerana takut dijangkiti virus HIV dan rasa tertipu dengan lelaki tersebut.

Jelas Ahmad Dzaffir, kes tersebut akan dirujuk kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13198

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12662

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news