Gempa bumi di Indonesia, seorang warga Malaysia terkorban 0 5613

JAKARTA: Seorang rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa bumi kuat yang berlaku di Nusa Tenggara Barat dan Lombok pagi ini.

Menurut laporan media Indonesia, rakyat Malaysia yang terkorban itu hanya dikenali sebagai Siti Nur Ismawida, 30 tahun.

Jenazah mangsa kini dilaporkan ditempatkan di Klinik Sembalun, Lombok.Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia Zamshari Shaharan berkata pihak kedutaan sedang mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

Identiti lengkap mangsa masih belum diperoleh setakat ini, katanya kepada Bernama.Menurut Zamshari terdapat 150 pelajar Malaysia di Lombok dan mereka dilaporkan selamat.

Menurut media Indonesia, setakat ini 10 mangsa dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa itu, manakala puluhan rumah dan bangunan dilaporkan rosak.

Gempa bumi kuat berukuran 6.4 Skala Richter menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok jam 5.47 pagi tadi menyebabkan penduduk kawasan itu dilaporkan bertempiaran meninggal kediaman dan bangunan.

Menurut kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa tersebut terjadi pada 5.47pagi dan berpusat 28 km Barat Laut Lombok Timur dengan kedalaman gempasekitar 10 km.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.Menurut laporan BMKG, berlaku 31 gegaran susulan selepas gempa pertama itu sehingga jam 7.39 pagi ini.

Gegaran susulan gempa itu di bawah 5 Skala Richter.Gunung berapi Rinjani di Pulau Lombok yang popular dalam kalangan pelancong dan pendaki juga ditutup kerana dilaporkan berlaku kejadian tanah runtuh. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14911

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8359

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news