GPS ikhlas bekerjasama dengan kerajaan persekutuan, namun tetap memperjuangkan hak Sarawak 0 5629

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menzahirkan penuh keikhlasan untuk bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH), namun akan tetap terus memperjuangkan hak Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, kerajaan negeri yang diterajui GPS tidak menyimpan sebarang niat untuk menentang PH kerana kebajikan rakyat menjadi keutamaan.

Sebab itu, katanya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) membuat keputusan untuk keluar daripada BN dan menubuhkan GPS.

“Dalam BN kita terikat dengan whip parlimen, bermakna apa jua keputusan yang dibuat oleh BN mesti disokong oleh semua parti dan ini menjadi kelemahan kita di mana kita mungkin sukar untuk memperjuangkan hak Sarawak.

“Justeru, kita menubuhkan GPS bagi membolehkan kita membuat keputusan sendiri untuk mentadbir negeri,” tegasnya ketika merasmikan majlis SAMArindok Aidilfitri Amanah Khairat Yayasan BudayaMelayu Sarawak (AKYBMS) di sini, malam tadi.

Abang Johari berkata, GPS akan menyokong segala dasar yang baik yang dibuat oleh kerajaan PH tetapi tidak akan menyokong dasar yang tidak memberi makna kepada Sarawak.

“Ini kedudukan kita sebab kita mahu memperjuangkan hak Sarawak dan kerana itu juga, kita berani meminda undang-undang minyak dan gas demi memperjuangkan hak negeri ini.

“Pada matlamatnya, Sarawak mesti diperjuang, diurus, ditadbir, diperintah oleh anak Sarawak sendiri. Inilah pendekatan kita… alhamdullillah tidak lama lagi GPS ini bakal dilancarkan,” katanya.

Turut menghadiri majlis itu, isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Dato Juma’ani Tun Tuanku Bujang; Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman, Datuk Talip Zulpilip dan Menteri Muda Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan, Datuk Mohd Naroden Majais.Hadir sama, Menteri Muda Jalan Pesisir, Datuk Julaihi Narawi; Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh; Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Dr Abdul Rahman Junaidi; Menteri Muda Pertanian, Dr Abdul Rahman Ismail; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri ini. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15402

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news