Pakaian seragam sekolah juga perlu dikaji 0 5752

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan untuk mengkaji semula tatacara pemakaian pakaian seragam murid sekolah yang lebih sesuai dan praktikal.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Rahim, berkata sudah tiba masanya Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah melihat perkara ini secara serius kerana ada pemakaian yang dilihat tidak bersesuaian lagi.

PENGERUSI Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Rahim.

Katanya jika kasut sekolah kini diarahkan untuk ditukar kepada warna hitam kerana ia lebih praktikal, begitu juga pakaian seragam sekolah yang cukup tidak sesuai dengan keadaan cuaca tempatan.

“Langkah untuk menukarkan kasut berwarna putih kepada warna hitam bagi murid sekolah adalah sesuatu yang bijak kerana mereka ini lasak dan aktiviti dilakukan itu membuat kasut mudah kotor.

“Seiring dengan perkara itu, pakaian seragam murid juga perlu dilihat juga seperti penggunaan tali leher, kot dan vest yang dipadankan dengan baju lengan panjang, sangat tidak praktikal.

“Cuaca di negara ini panas, lebih baik kita beri mereka pakaian yang lebih selesa supaya murid mampu beri tumpuan dalam pelajaran,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Noor Azimah juga berkata, pakaian seragam yang berlebihan ini juga kadang kala membebankan murid serta pelajar.

“Ada di antara mereka digugurkan daripada menjadi pengawas kerana tidak mempunyai kot, walhal perkara itu perlu dinilai mengikut merit bukannya pakaian.

“Saya berpendapat adalah lebih murid sekolah ini diberi pakaian seragam seperti kemeja-T berkolar, warnanya pula bukan putih kerana mudah kotor atau hidupkan pakaian batik dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

KERAJAAN dicadangkan untuk mengkaji semula tatacara pemakaian pakaian seragam murid sekolah yang lebih sesuai dan praktikal. – Foto hisan

Semalam, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan.

Beliau mengambil pertimbangan ibu bapa yang mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih.

Sementara itu, Presidennya, Kamarozaman Abd Razak, bersetuju dengan saranan Dr Maszleek, yang mahu semua murid diseragamkan kasut sekolahnya.

Beliau berkata, ini sekali gus memudahkan murid dan pelajar khususnya dari segi menjaga kebersihan kasut.

“Ketika ini pemakaian kasut hitam hanya bagi pengawas dan pelajar Tingkatan 6 saja, dengan penyeragaman ini pengurusan murid akan lebih mudah.

“Tempoh yang diberikan iaitu pada tahun depan juga saya fikir mencukupi bagi ibu bapa dan murid membuat persiapan.

“Bagaimanapun, ia perlu diberi kelonggaran sedikit bagi ibu bapa yang berpendapatan rendah atau miskin. Jika mereka mempunyai anak yang ramai sudah tentu membebankan, justeru beri masa jangan tergesa-gesa,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, memberi cadangan supaya kasut hitam itu mempunyai piawaian tetap dan mesra murid.

Katanya, pihak pengeluar boleh menimbangkan jenis kasut yang sesuai manakala koperasi sekolah, alumni dan PIBG pula perlu ada kerjasama bagi membantu murid yang tidak berkemampuan untuk membeli kasut baru.

“Bagi saya ini satu langkah yang wajar, tetapi kita ingin tahu apakah jenis kasut hitam yang dimahukan?

“Perlu ada piawaian terhadap jenis kasut ini, kita tidak mahu nanti ada yang membezakan seperti kasut kulit, kanvas atau bertali dan sebagainya.

“Selain itu, mana-mana organisasi yang ingin membiayai murid amat dialu-alukan. Ini satu nilai murni dengan melakukan kebajikan kepada murid sekolah, faedahnya kita dapat bersama,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15340

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8410

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news