Grab-Uber bergabung: Grab janji tidak naikkan kadar tambang 0 5658

PUTRAJAYA: Ekoran penggabungan operasi Grab-Uber di Asia Tenggara, penyedia perkhidmatan e-haling itu memberi jaminan tidak akan menaikkan kadar tambang pada perkhidmatan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri dalam kenyataan berkata, jaminan tersebut memberi kuasa kepada kerajaan negara ini mengambil tindakan terhadap Grab jika mereka mengenakan tambang tinggi kepada pengguna.

Menurut Nancy, kerajaan dapat menguat kuasa Akta Persaingan 2010 bagi mengekang sebarang tindakan monopoli oleh syarikat besar dalam memanipulasi harga barang dan perkhidmatan.

Dan ia tidak terkecuali dapat dikenakan terhadap Uber sekiranya hal ini berlaku.

Dalam penggabungan tersebut, difahamkan 80 staf operasi Uber diberi cuti bergaji sementara menunggu tawaran Grab untuk mengambil mereka bekerja semula.

Awal minggu ini, Uber Technologies Inc bersetuju menjual semua operasinya di Asia Tenggara merangkumi Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Kemboja kepada syarikat Grab, termasuk perkhidmatan penghantaran makanan UberEats.

Sebelum ini Bloomberg melaporkan, Uber menerima sekitar 25-30 peratus pegangan dalam Grab yang dijangka mencecah nilai AS$6 bilion (RM23.2 bilion).

Penggabungan ini dilihat dijayakan selepas Softbank Group dari Jepun melabur dalam Uber yang turut sama melabur dalam pesaingnya seperti Grab, Didi Chuxing di China dan Ola di India.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bersama dan Ketua Eksekutif Kumpulan Grab, Anthony Tan berkata, pengambilalihan itu menandakan permulaan era baru menyaksikan ia menjadi peneraju dalam platform dan kecekapan kos di rantau ini.

Grab dijangka mengembangkan perniagaan GrabFood di Indonesia dan Thailand ke Singapura dan Malaysia.

Grab dijangka meningkatkan perniagaannya bawah Grab Financial termasuk pembayaran mudah alih, pembiayaan mikro, insurans dan perkhidmatan kewangan lain rantau Asia Tenggara. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15440

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8424

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news