DBKU banteras lokasi black spot, rumah terbiar jadi sarang maksiat di Kuching 0 5919

KUCHING: Bagi mewujudkan bandar raya Kuching yang sejahtera dan selamat, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kini bertindak proaktif dengan mengenal pasti kawasan-kawasan ‘black spot’ dan mengusahakan aktiviti pembersihan agar ia tidak terus dijadikan sarang maksiat.

Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Haji Abang Abdul Wahap Haji Abang Julai berkata, antara kawasan ‘black spot’ yang telah dikenal pasti termasuklah di
Kampung Kudei dan Jalan Nanas Barat.

Di Kampung Kudei, kawasan ‘black spot’ ini termasuklah Kampung Kudei Baru, SMK Sungai Maong, Taman Sunrise, Taman Joo Chuan, Pusat Penjaja Sungai Maong, Taman Bigawa, Stapok Height, SK Sg Maong Hilir dan SJK Chung Hua No.9.

Manakala di Jalan Nanas Barat, ia melibatkan Kampung Kudei Lama, SK Combined, Eastern Park dan Evergreen Garden.

“Usaha kita ini bagi memastikan Program Bandar Selamat berjaya dilaksanakan, terutamanya di kawasan pinggiran bandar,” katanya ketika bersama-sama media melakukan tinjauan Program Bandar Selamat ke kawasan ini baru-baru ini.

Tindakan ini jelasnya lagi, merupakan sebahagian 15 langkah yang dicadangkan untuk mengurangkan kadar jenayah di bandar raya ini.

“Selain itu, terdapat juga lima rumah terbiar yang telah dikenal pasti iaitu di Jalan Tengah, Jalan Pisang Barat, Jalan Jambu, Lorong Pisang Barat dan Jalan Pisang Barat.

Berdasarkan rekod, rumah-rumah ini ditinggalkan dan terbiar usang berikutan pemiliknya berhadapan masalah dengan institusi kewangan.

“Kita khuatir, rumah terbiar ini akan mengundang aktiviti yang tidak baik seperti menjadi sarang untuk penagih.

“Oleh itu, kita membawa penduduk setempat untuk melakukan aktiviti pembersihan agar dapat mengelakkan masalah sosial selain mengelakkan persekitaran ini dihuni oleh haiwan berbisa seperti ular,” tambahnya lagi. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14891

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8354

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news