GST bukan faktor harga barang naik – Hamzah Zainudin 0 5672

BATU KURAU: Kenaikan harga barangan di pasaran serta perkhidmatan bukanlah disebabkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) semata-mata malah pelbagai faktor lain turut mempengaruhi sehingga menyumbang kepada masalah kos sara hidup.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan input bagi penetapan harga barangan bukan semata-mata mengambil kira soal cukai, malah ia turut dipengaruhi pertukaran mata wang asing, kos pengangkutan dan aspek pemasaran yang lain.

Jelasnya selain itu beberapa faktor seperti kadar tarif elektrik, air, cukai tanah termasuk cukai pintu yang tinggi dikutip oleh sesetengah kerajaan negeri turut mempengaruhi kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara ini.

“Contohnya apabila air tidak cukup, peniaga akan meletakkan masalah itu kepada pengguna dan ini menyebabkan harga barang naik. Ini perkara yang kena ambil tahu.

“GST dilaksanakan kerajaan bagi menentukan segala hasil yang kita kutip daripada peniaga secara sistematik dan efektif berbanding dengan kutipan 10 peratus semasa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang kurang efektif dan timbul banyak masalah dalam ekonomi,” katanya pada sidang media selepas program Jualan Sentuhan Rakyat ‘Jom Serbu’ di Arena Batu Kurau di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pelaksanaan GST sepatutnya dilaksanakan pada 1984, tetapi pentadbiran negara ketika itu tidak mempunyai kesungguhan politik untuk melaksanakannya.Dalam pada itu, Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut berkata sejak GST dilaksanakan di negara ini, lebih 500 produk telah dikecualikan daripada dikenakan GST.

Menurut beliau dengan adanya GST, segala kutipan kerajaan adalah disalurkan bagi membantu rakyat melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), rawatan di hospital dan Klinik Rakyat 1Malaysia serta subsidi minyak masak dan subsidi pendidikan bagi menentukan rakyat mendapat pendidikan sewajarnya.

“Kita negara yang paling rendah dalam kutipan GST jika nak bandingkan dengan negara-negara lain kerana apa yang kita kutip itu kita berikan secara adil bagi kepentingan dan keperluan rakyat dari segi kemudahan, infrustruktur dan komunikasi dari satu tempat ke satu tempat,” katanya.

Sementara itu Hamzah berkata program Jualan Sentuhan Rakyat akan dilaksanakan dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen di negara ini.

Menurut beliau Perdana Menteri telah bersetuju untuk membolehkan rakyat menikmati harga barang yang rendah dalam keadaan ekonomi sekarang bagi mengurangkan kos sara hidup.

“Buat masa ini tinjauan yang telah kita buat di seluruh negara mendapati penerimaan baik daripada rakyat dan dakwaan pembangkang dakwa barangan yang dijual tidak berkualiti adalah tidak benar sama sekali,” katanya.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15347

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8412

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news