Guan Eng: Sangat susah untuk puaskan hati Sarawak 0 6081

KUCHING: Belanjawan 2020 tidak adil untuk Sarawak.

Itulah rumusan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Sri Dr Sim Kui Hian tentang belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat Jumaat lalu.

Dalam belanjawan itu, Kerajaan Persekutuan PH memperuntukkan RM4.4 bilion kepada Sarawak berbanding Sabah RM5.5 bilion.

Beliau kecewa dengan peruntukan dalam belanjawan berkenaan kerana seolah-olah Sarawak bukan rakan kongsi dalam Malaysia.

“Saya kecewa, tidak adil untuk Sarawak kerana seolah-olah Sarawak bukan rakan kongsi dalam Malaysia,” katanya.

“Tidak, Itu tidak adil, jumlahnya sangat sedikit. Kita sangat kecewa dengan belanjawan yang sangat tidak munasabah untuk negeri ini,” katanya.

“Ia langsung tidak menggambarkan kemakmuran bersama,” jelasnya.

Semalam Guan Eng berkata, Sarawak menerima peruntukan pembangunan kedua terbesar selepas Sabah.

“Mereka akan sentiasa kata tak puas hati. Sangat susah untuk puaskan hati mereka. Mereka negeri yang terima peruntukan kedua terbesar. Jika kedua pun tak puas hati, negeri lain pun tak puas hati.

“Saya harap mereka boleh timbang rasa, mereka dapat (jumlah) yang tidak pernah diberikan kerajaan lama,” beliau dipetik sebagai berkata oleh media.

Jelasnya, pemberian khas untuk Sarawak tidak pernah disemak semula sejak 1969, dan kerajaan telah menggandakan jumlah itu untuk tahun ini.

“Jika di bawah kerajaan lama mereka boleh berpuas hati sungguh pun mereka dapat kurang, apabila sekarang dapat lebih kenapa tidak berpuas hati lagi? Itu yang saya kurang faham,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Kui Han yang mendakwa kerajaan gagal menunaikan janjinya kepada penduduk Sarawak, dan menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai “Malaya-centric”. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13925

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13084

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news