Kerajaan kaji kemungkinan larangan penuh vape, rokok elektronik 0 5877

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mewujudkan satu jawatankuasa kerja pakar bagi mengkaji kemungkinan larangan secara menyeluruh terhadap penggunaan rokok elektronik dan vape.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan timbalannya Dr Lee Boon Chye.

Menurut Dr Dzulkefly, jawatankuasa itu diwujudkan susulan peningkatan kes kematian pengguna vape dan rokok elektronik, iaitu seramai 28 orang di Amerika Syarikat (AS) dan seorang di United Kingdom (UK).

“Menyedari ada kajian terkini yang tunjukkan kesan sampingan, termasuk kematian yang berlaku di AS dan UK, satu kajian terperinci dibuat untuk kaji semula larangan penjualan vape secara menyeluruh.

“Satu jawatankuasa kerja pakar diwujudkan di bawah Kementerian Kesihatan, dipengerusi timbalan saya.

“Ia telah ditubuhkan dan akan dibawa segala dapatan kepada saya,” katanya menjawab soalan Ahmad Marzuk Shaary (Pas-Pengkalan Chepa) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Pada Julai lalu, Dr Dzulkefly berkata, kementeriannya akan menggubal satu akta baharu bagi mengawal selia penggunaan tembakau, vape, rokok elektronik dan shisha.

Akta yang dinamakan Akta Tembakau itu dijangka dapat menangani pemasalahan itu secara keseluruhan.

Sebelum ini, banyak pihak, termasuk Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas dan bersepadu bagi mengatasi isu penularan gejala menghisap vape dan rokok elektronik di kalangan pelajar. – Astro Awani

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news