Guna dana negeri perbaiki sekolah di Sarawak: Abg Johari 0 5718

BETONG: Banyak sekolah di Sarawak dalam keadaan daif dan memerlukan peruntukan untuk dinaik taraf, sekali gus menambah baik institusi pendidikan di negeri ini agar setanding negeri-negeri lain di negara ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memaklumkan, Kerajaan Sarawak bersedia menawarkan pinjaman RM1 bilion untuk membina semula sekolah usang di seluruh Sarawak sekiranya kerajaan persekutuan menghadapi kekurangan dana.

Katanya Sarawak ketinggalan dari segi pembangunan infrastruktur pendidikan dan perancangan membangunkan sekolah usang telah dicapai menerusi kerajaan terdahulu namun belum berjaya dilaksanakan.

“Saya telah mencadangkan kepada mereka dan bersedia menggunakan dana kerajaan negeri tetapi perlu membayar balik dengan jumlah RM1 bilion.

“Namun mereka enggan menerima pelawaan disebabkan kerajaan persekutuan mempunyai dana yang mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Ke-47 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, semalam.

Tambahnya, keperluan membangunkan sekolah-sekolah daif ini adalah demi anak-anak dan warga pendidikan yang agak ketinggalan dari segi pembangunan infrastruktur.

“Saya mengharapkan kerajaan baharu akan meneruskan janji untuk membina semula sekolah yang daif di Sarawak.

“Selain itu, melihat kepada keperluan sekolah yang dibekalkan dengan generator dilihat sebagai satu pembaziran apatah lagi harga minyak diesel yang sentiasa melonjak.

“Pembekalan oleh kontraktor juga terlalu menekan dengan harga berganda daripada harga asal memberi keuntungan kepada pembekal.

“Kenapa tidak menyambung bekalan elektrik ke sekolah sedangkan punca bekalan ada berhampiran dengan sekolah?“Saya juga bersedia meluluskan dana RM50 juta kepada Kementerian Pendidikan jika mereka memerlukan RM50 juta untuk sambungan bekalan kuasa elektrik bagi menyelesaikan masalah demi keperluan kanak-kanak luar bandar,” tegas beliau.

Pada masa yang sama, menyentuh mengenai isu bekalan air yang dihadapi sekolah luar bandar, beliau mengakui Sarawak menghadapi masalah bekalan air yang serius pada masa sekarang.

“Kita menghadapi masalah bekalan air di seluruh negeri Sarawak namun saya telahmengarahkan jabatan bekalan air untuk melakukan pembaharuan menerusi sistem grid  tetapi ini akan mengambil masa yang panjang.

“Dalam pada itu, kita meluluskan dana RM9 juta untuk penyambungan sistem airsedia ada ke sekolah-sekolah luar bandar.

“Kita tidak boleh menunggu dana persekutuan dan Kerajaan Sarawak telah meluluskan permintaan untuk menyambungkan air ke sekolah luar bandar yang dikenal pasti bermasalah,” katanya.

Turut hadir isteri beliau Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan isteri Datin Amar Doreen Mayang, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong, menteri-menteri muda, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Pengarah Pendidikan Sarawak Rakayah Madon dan kira-kira 1,200 guru dari seluruh Sarawak. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13421

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8132

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news