Gunung Tangkuban Parahu meletus 0 6083

JAKARTA 26 Julai – Gunung Tangkuban Parahu di Bandung, destinasi pelancongan gunung berapi popular dalam kalangan pelancong termasuk Malaysia, meletus hari ini.

Gunung berketinggian 2,284 meter itu meletus dan mengeluarkan asap dan abu, sehingga setinggi 200 meter pada pukul 3.48 petang waktu Indonesia Barat.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia, Agus Wibowo berkata, orang ramai, pengunjung dan pendaki diarah tidak berada di kawasan kawah-kawah aktif di kawasan pergunungan itu.

“PVMBG juga meminta kepada masyarakat agar tetap waspada terhadap potensi terjadinya letusan yang lebih besar dan secara tiba-tiba,” katanya dalam satu kenyataan.

Kali terakhir gunung itu meletus ialah pada 2013. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news