Apa sudah janji bantu Sabah, Sarawak? 0 5743

KUALA LUMPUR 26 Julai – Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya mengotakan janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto untuk memberi keadilan sosial kepada Sabah dan Sarawak termasuk soal royalti minyak.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tindakan Anwar menyokong usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan dana daripada Kerajaan Pusat bagi membiayai sebahagian projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP) negeri amat dikesali.

Hal demikian kerana, keutamaan Anwar ketika ini dilihat tersasar jauh apatah lagi dilihat ‘melebihkan’ Pulau Pinang daripada Sabah dan Sarawak yang masih mundur dari segi sistem pengangkutannya.

“Apa sudah janji kepada janji PH untuk membantu Sabah dan Sarawak? Setiap kali Kerajaan Negeri Sabah serta Sarawak memohon dana pembangunan, mereka dilayan dengan sikap acuh tak acuh Kerajaan Pusat dengan jawapan biasa iaitu tiada peruntukan.

“Sungguh jelas Sabah dan Sarawak memerlukan dana berjumlah RM20 bilion itu lebih dari Pulau Pinang! Jalan raya di Sabah dan Sarawak jauh daif dan teruk jika dibandingkan dengan Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Anwar yang juga Presiden PKR dilaporkan akan menyokong usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan dana daripada Kerajaan Pusat bagi membiayai sebahagian projek PIP negeri.

Menurut Anwar, permohonan itu penting bagi membolehkan kerajaan negeri mengkaji semula saiz dan skala projek tambak laut di perairan selatan (PSR) negeri ini yang bertujuan membentuk tiga buah pulau buatan.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dilaporkan turut berharap mendapat pembiayaan penuh daripada Kerajaan Pusat bagi sekurang-kurangnya dua projek keutamaan di bawah PIP iaitu pembinaan transit aliran ringan (LRT) dan projek lebuh raya Pan Island Link.

Kedua-dua projek berkenaan dijangka menelan kos sebanyak RM20 bilion dan pihak Kerajaan Negeri dikatakan akan memohon secara rasmi kepada Kerajaan Pusat dalam masa terdekat. – UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12481

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news