Guru di Sibu rugi hampir RM400,000 diperdaya dua kekasih siber 0 5935

SIBU: Seorang guru mengalami kerugian berjumlah RM391,550 selepas menjadi mangsa penipuan ‘Love Scam’ kepada dua lelaki yang dikenalinya dalam talian.

Kejadian itu didakwa berlaku pada Disember tahun lepas namun wanita berusia 37 tahun itu hanya membuat laporan polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM298,550 apabila diperdaya suspek pertama dan RM93,000 kepada kekasih alam maya keduanya.

“Pada awal November 2018, mangsa mengenali seorang lelaki yang mengenali dirinya sebagai ‘Roy Lim Cheng’, seorang mekanik sebuah syarikat minyak dan gas di Los Angeles melalui Facebook,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kemudian pada 18 Disember, Roy memberitahunya bahawa dia akan menghantar jam tangan, komputer riba, perhiasan emas, dan wang tunai RM70,000 atas dasar cinta.

“Empat hari kemudian, seorang lelaki dari sebuah syarikat kurier menghubunginya dan memberitahu dia satu bungkusan dikirimkan kepadanya telah tiba, dan dia dikehendaki membayar RM14,700 sebagai bayaran penghantaran,” katanya.

Menurut Stanley, pengadu juga diminta untuk membuat pembayaran tambahan untuk duti kastam, perlindungan insurans untuk bungkusan tetsebut dan sebagai bayaran kepada Kedutaan Amerika.

Tanpa syak wasangka, mangsa mengikut arahan dan memindahkan RM298,550 dalam tempoh 24 hingga 26 Disember 2018.

Tatkala itu, wanita itu juga sempat berkenalan dengan seorang pengguna Facebook bernama ‘Henry’.

“Henry kemudian memberitahunya bahawa dia akan menghantar hadiah kepadanya dalam bentuk jam tangan, jam tangan, komputer riba dan wang tunai RM40,000 sebagai bukti cintanya,” katanya.

Dia juga diminta membayar RM70,000 untuk mendapatkan hadiah itu.

Setelah pembayaran dibuat, mangsa gagal mendapatkan bungkusan hadiah-hadiah seperti yang dijanjikan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tambah beliau. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12984

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12364

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news