Halangan Penggunaan Perkhidmatan Android Terhadap Huawei – Apa Anda Perlu Tahu? 0 6058

Kerajaan Amerika Syarikat telah meletakkan Huawei Technologies Co. Ltd. sebagai syarikat yang disenarai hitamkan daripada menjalinkan hubungan perdagangan bersama A.S. Perkara ini sekaligus membuatkan semua syarikat yang berada di A.S. tidak boleh melakukan perdagangan dengan Huawei, melainkan ia menerima pengesahan daripada Kerajaan A.S. sendiri.

Menurut Reuters, perkara ini menyebabkan Google terpaksa menggantung perniagaan dengan Huawei, terutama yang melibatkan “pemindahan produk perkakasan dan perisian”. Walau bagaimanapun, pergantungan ini tidak termasuk perisian Google yang dibangunkan dengan sumber terbuka (open source).

Dalam erti kata lain, Huawei masih boleh menggunakan Android (kerana ia dibangunkan secara terbuka), cuma beberapa perkhidmatan daripada Google akan dihalang untuk digunakan. Perkara ini termasuk daripada Google Play Store, Gmail, Youtube, Maps, dan kesemua aplikasi yang bergantung kepada Google Play Services Framework.

Perkara ini akan menyebabkan telefon Huawei sedia ada tidak dapat dipasang dengan kemaskini baru (seperti versi Android yang lebih terkini), kerana kemaskini yang tidak disahkan oleh Google akan mengagalkan usaha untuk mendapatkan pengesahan semula kepada akses Google Play Store.

Erti kata mudah, telefon Huawei sedia ada tidak akan menerima kemaskini baru, namun anda masih boleh menikmati pemasangan dan kemaskini aplikasi daripada Google Play Store seperti biasa.

Cuma untuk telefon Huawei pada keluaran akan datang, Huawei mungkin akan menggunakan versi Android tanpa perkhidmatan Google, yang mana lebih mesra dikenali sebagai Android Open Source Project (AOSP).

Android berasaskan AOSP ini masih serupa seperti Android biasa, cuma ia tidak diletakkan dengan sebarang perkhidmatan Google. Bermakna, pengguna masih boleh memasang aplikasi Android melalui gedung aplikasi alternatif (contohnya Huawei App Gallery) ataupun melalui pemasangan fail APK.

Penggunaan Android berasaskan AOSP ini sebenarnya telah banyak digunakan pada peranti di China dan sedia mempunyai jumlah penggunaan yang tinggi.

Cuma apa merisaukan, kebanyakan aplikasi popular seperti Chrome, Gmail, Youtube, dan Maps kesemuanya bergantung kepada penggunaan Google Play Services. Tanpa Google Play Services, aplikasi-aplikasi ini tidak akan dapat digunakan walaupun ia boleh dibuka pada awalnya.

Android berasaskan AOSP berjaya di China kerana penduduk di sana tidak menggunakan perkhidmatan Google atau aplikasi yang memerlukan Google Play Services. Mereka di sana sedia mempunyai alternatif kepada Youtube dan Google Maps, dengan adanya Youku dan Baidu Maps.

Walau bagaimanapun, pengguna Android berasaskan AOSP boleh memasang Play Services (mahupun Play Store) melalui proses sideloading, namun ia bukanlah cara yang ingin dilihat oleh pengguna biasa.

Sebagai persediaan, Huawei dikatakan sedang membangunkan platform alternatif, namun perkara ini bukanlah solusi yang boleh berjaya dengan serta-merta. Huawei masih memerlukan Android daripada Google kerana pengguna di luar China sangat memerlukan perkhidmatan Google dan sejumlah aplikasi yang memerlukan Google Play Services.

Pembangunan platform baru akan merugikan kos dan masa kerana ia perlu memanggil pembangun baru atau sedia ada untuk menghasilkan aplikasi. Sejarah telah membuktikannya melalui Windows Phone (atau kini Windows 10 Mobile) yang tidak berjaya hidup akibat kekurangan aplikasi.

Sekiranya sekatan ini akan terus dilaksanakan, perniagaan Huawei akan terjejas untuk di pasaran luar China. Sekatan perdagangan ini bukan hanya tertakluk pada peranti Huawei di A.S. sahaja, tetapi akan turut terkesan dengan kesemua peranti Huawei sedia ada (dan akan datang) di seluruh dunia. Bayangkan kehidupan anda tanpa Youtube dan Google Maps, itulah apa yang akan jadi sekiranya Google tanpa di dalam peranti Huawei. – Amanz Network

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13217

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12677

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news