Hampir 100 hari pentadbiran PH, mana royalti minyak 20 peratus? – Karim 0 5520

KUCHING: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mempunyai tujuh hari lagi untuk menunaikan semua perkara yang dijanjikan dalam tempoh 100 hari pemerintahan mereka.

Bagaimanapun, Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (gambar) tidak yakin kerajaan PH mampu memenuhi semua janji ini dalam tempoh tersebut.

Katanya, jika dilihat kembali hampir semua janji PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) masih belum dipenuhi meskipun sudah hampir 100 hari selepas pilihan raya 9 Mei lepas.

Yang jelas hilang atau tidak dilaksanakan oleh PH ialah janji untuk memberi 20 peratus royalti minyak dan gas kepada Sarawak, ujar Karim.

“Pakatan telah berjanji bahawa perkara ini akan dilakukan dalam masa 100 hari ini, sebaliknya pemimpin PH memutar belitkan isu ini dengan intepretasi yang berbeza oleh lain-lain pemimpin mereka.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad menjelaskan bahawa 20 peratus royalti adalah berdasarkan keuntungan manakala Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen berkata 5 peratus royalti minyak dan gas sedia ada ditambah dengan 20 peratus keuntungan.

“Manakala Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berkata memberikan 20 peratus royalti kepada Sarawak akan menyebabkan negara muflis dan merampas industri minyak negara.

“Ia cukup jelas kerajaan PH tidak mampu memenuhi janji-janji mereka dan janji-janji ini hanya untuk memenangi undi daripada rakyat,” katanya.

Tambah Karim, pengundi telah tertipu dengan mempercayai janji PH untuk mempunyai kerajaan lebih baik tetapi malangnya sebaliknya yang berlaku. Kebanyakan kementerian persekutuan menurut Karim masih belum stabil dengan peranan menterinya adalah lebih untuk mencari kesalahan yang dilakukan oleh menteri dan kerajaan sebelum ini.

“Satu-satunya janji PH yang hampir tercapai ialah untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripadakadar enam peratus kepada sifar.

“Bagaimanapun, kempen pilihan raya PH bahawa kos kehidupan dan harga barangan akan turun selepas pemansuhan GST malangnya tidak berlaku.

“Tiada apa-apa yang  turun harga kecuali ‘shuttlecocks’ seperti apa yang didakwa oleh Chong,” ujar Karim. Sehubungan itu Karim yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan menasihatkan pemimpin PH supaya ‘Mesti cakap serupa bikin’ danmenjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan jangan menipu rakyat. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13524

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news