Hantu dadah dicekup, jual dadah kepada penagih di Matang 0 6180

KUCHING: Bukan sahaja terjebak kepada penggunaan dadah, malah menjualnya kepada penagih di sekitar Matang, menyebabkan seorang lelaki India berhadapan dua dakwaan berkaitan dadah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Siburan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek yang berusia 21 tahun ditahan sekitar jam 3.30 petang di kawasan parkir, Taman Sri Makmur, Matang oleh sepasukan anggota siasatan jenayah narkotik Padawan.

“Pemeriksaan lanjut oleh pasukan itu kemudian menjumpai satu paket plastik lut sinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu dengan berat kasar 6.00 gram di dalam genggaman tangan sebelah kiri suspek.

“Suspek kemudian ditahan sebelum dibawa balik ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan.

“Saringan awal polis mendapati sampel air kencing suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” kata Aidil.

Katanya, suspek yang juga seorang penganggur mengaku memiliki dadah tersebut yang dibeli secara “bank-in”.

“Selain kegunaan sendiri, dadah ini juga untuk dijual kepada penagih di sekitar Matang.

“Bagaimanapun suspek sebelum ini tidak memiliki sebarang rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kes kata Aidil lagi, disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dadah yang dirampas bernilai RM500 ke RM800 di pasaran. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13191

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8104

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news