‘Hanya Sarawak tidak dapat peruntukan banjir dari Kerajaan Pusat’ 0 6363

KUCHING: Sarawak merupakan satu-satunya negeri dalam negara yang tidak mendapat peruntukan bencana banjir daripada Kerajaan Persekutuan.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, oleh itu Sarawak pada kali ini bergantung kepada peruntukan Kerajaan Negeri.

“Adalah amat menyedihkan bahawa padatahun ini, Sarawak tidak mendapat peruntukan bencana banjir daripada Kerajaan Persekutuan berbanding dengan negeri-negeri lain.

“Begitu juga Sarawak tidak diperuntukkan Pasukan Sokongan Psikologikal untuk memberi khidmat kaunseling kepada mangsa banjir,” katanya pada ucapan penggulungannya bagi Kementerian di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, ujarnya, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah mengemukakan rayuan kepada Kerajaan Persekutuan.

Menurut Fatimah, sebanyak 477 kes banjir yang diberi bantuan berjumlah RM3.4 juta dalam tahun ini.Katanya, sebanyak RM9.5 juta dibelanjakan untuk keseluruhan kes bencana di negeri.

Jumlah itu katanya, merangkumi bantuan kebakaran (108 kes dengan kos perbelanjaan RM2.8 juta), tanah runtuh (13 kes dengan kos perbelanjaan RM49,000), ribut (63 kes dengan kos perbelanjaan RM129,000) dan kemarau (468 kes dengan kos perbelanjaan RM3.1juta).

“Kos perbelanjaan bencana dalam tahun 2018 menunjukkan peningkatan sebanyak 28 peratus jika dibandingkan dengan kos perbelanjaan bencana RM7.4 juta pada tahun 2017.

Kesemua peruntukan ini adalah dari Kerajaan Negeri,” ujarnya lagi. Mengenai banjir, katanya negeri ini telah bersiap siaga menghadapi bencana tersebut.

“Bagi kesiapsiagaan menghadapi banjir, kita telah selesai melaksanakan latihan simulasi di enam kawasan pangkalan hadapan iaitu Bahagian Kuching di SK Beradek, Bahagian Sarikei (Ulu Bayong), Bahagian Limbang (Kampung Telahak, Jalan Meritam), Bahagian Bintulu (Klinik Tab Timber, Sebauh), Bahagian Miri (Ulu Tinjar, Baram) dan Bahagian Kapit (Uma Sambop, Belaga).

“Diharapkan usaha pemerkasaan komuniti setempat dalam siapsiagaan menghadapi bencana ini boleh mempercepatkan penyampaian bantuan kepada mangsa di kawasan-kawasan yang sukar dan terputus hubungan semasa banjir,” jelasnya lagi. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13145

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12616

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news