Mengapa royalti minyak tak boleh ditambah? 0 5808

KUCHING: Jika mampu membayar dividen yang besar kepada kerajaan persekutuan, mengapa Petronas tidak menambah royalti tahunan kepada Sarawak?

Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof yang mempersoalkannya menambah, alasan bayaran royalti akan menambah beban kewangan Petronas tidak dapat diterima jika dinilai berdasarkan situasi ini.

“Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) menyatakan bahawa Petronas akan membayar dividen RM54 bilion kepada kerajaan persekutuan termasuk RM30 bilion dividen khas di bawah Belanjawan 2019.

“Jika Petronas mampu menyumbang sebanyak ini kepada kerajaan persekutuan, saya juga mencadangkan agar Petronas memberi sumbangan royalti tambahan kepada negeri-negeri pengeluar minyak seperti Sarawak,” katanya ketika menyertai perbahasan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada masa ini, Petronas membayar lima peratus kepada kerajaan Sarawak sebagai royalti minyak dan gas.Sarawak selama ini menuntut agar peratusan itu dinaikkan kepada 20 peratus.

Setakat ini belum ada keputusan yang konkrit daripada kerajaan persekutuan mengenai tuntutan ini.Fadillah berkata lagi, peruntukan Belanjawan 2019 bagi Sarawak juga merupakan berita sedih kepada warga negeri ini.

Belanjawan 2019 memperuntukkan RM54.7 bilion untuk pembangunan atau 17 peratus daripada keseluruhan belanjawan.Ia meningkat RM8.7 bilion daripada peruntukan Belanjawan 2018.

Di sebalik pertambahan itu, RM4.3 bilion diperuntukkan untuk Sarawak, jelasnya.Angka itu merupakan 0.1 peratus pertambahan daripada Belanjawan 2018.Kerajaan persekutuan katanya tidak wajar memberi alasan hutang negara yang tinggi menjadi punca kepada peruntukan agak menyedihkan ini.

“Cuma yang menghairankan, lebih kurang RM44 bilion dapat diperuntukkan kepada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, bermakna secara purata sebuah negeri akan menerima RM4 bilion,” katanya.- Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13144

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12615

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news