Penduduk Sabah mungkin tidak dikenakan syarat untuk memasuki Sarawak 0 6040

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg membayangkan akan tiba masanya penduduk Sabah tidak akan dikenakan sebarang syarat untuk memasuki Sarawak.

Beliau berkata pada masa kini pun tidak ada masalah untuk penduduk di kedua-dua negeri keluar masuk Sabah dan Sarawak selain tiada bayaran dikenakan.

“Ada beberapa aspek yang perlu kita lihat dan sebenarnya untuk Sabah dan Sarawak tiada masalah mengenai perkara itu. Namun ada beberapa faktor yang perlu difahami dan diambil kira, termasuk faktor geopolitik,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam anjuran kerajaan negeri untuk meraikan beliau dan rombongan, yang sedang melakukan lawatan dua hari ke Sabah, malam tadi.

Pada masa kini penduduk Sabah menggunakan Pas Lawatan Sosial atau pasport untuk memasuki Sarawak.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatannya bersama rombongan ke Sabah, Abang Johari berkata ia bertujuan memperkukuhkan lagi hubungan setia kawan antara kedua-dua negeri.

“Terima kasih dengan sambutan meriah yang diberikan khususnya daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada kami dan banyak perkara yang kita boleh lakukan dengan adanya hubungan baik seperti ini,” katanya.

Beliau berkata antara yang boleh dilaksanakan termasuk mempertingkatkan lagi pembangunan dan jaringan perhubungan yang seterusnya melonjakkan lagi industri pelancongan kedua-dua pihak,

“Sudah tentunya Sarawak akan memainkan peranan dalam rangka kerjasama dengan Sabah, Brunei dan Indonesia… kerana saya yakin dan penuh percaya bahawa ini akan beri manfaat kepada kita semua khususnya kepada Malaysia kerana wilayah Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada negara ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata lawatan balas daripada Ketua Menteri Sarawak adalah satu langkah yang cukup baik dalam usaha memperkuatkan hubungan untuk membina sebuah negara Malaysia.

“Banyak perkara yang kita boleh lakukan demi generasi akan datang. Sabah dan Sarawak mempunyai persamaan dari segi budaya, adat resam serta agama dan ia sudah tentu menjadi kebanggaan kita kerana walaupun kita hidup dalam kepelbagaian namun kita sentiada hidup aman dan damai,” katanya. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12999

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12473

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news