Harga maksimum RON96 dikurangkan kepada RM2.08 seliter 0 5915

PUTRAJAYA:Had maksimum harga runcit petrol RON95 yang sebelum ini ditetapkan pada paras RM2.20 seliter, dikurangkan kepada RM2.08 seliter, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata keputusan itu dipersetujui pada mesyuarat jemaah menteri hari ini setelah mengambil kira trend harga sebenar pasaran produk petroleum yang semakin meningkat pada masa ini.

Ads by AdAsia
“Ini bermakna harga runcit RON95 akan dihadkan kepada RM2.08 seliter sungguhpun harga minyak dunia naik lebih daripada itu.

“Sekiranya harga minyak dunia berada di bawah paras tersebut, harga mingguan petrol RON95 akan berada di bawah paras RM2.08,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Lim, pengurangan paras harga runcit petrol RON95 itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Dalam pada itu, Lim berkata harga runcit RON95, RON97 dan diesel akan terus diumumkan secara mingguan berdasarkan pengiraan Mekanisme Harga Automatik (APM).

Pada Januari lepas, kerajaan melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan dengan harga runcit petrol RON95 dihadkan pada RM2.20 manakala diesel pada RM2.18 seliter.

Lim berkata had harga minyak itu akan dibatalkan apabila subsidi minyak bersasar dilaksanakan pada pertengahan tahun ini. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13857

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13026

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news