Polis tahan lelaki kerana cekik isteri di Medamit Limbang 0 6045

LIMBANG: Seorang wanita mengalami calar dan lebam di leher dipercayai akibat dicekik suami selain sakit di beberapa anggota badan dalam pertengkaran di sebuah rumah panjang dekat sini pada Ahad.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa, 18, dan suspek, 22 bertengkar mulut sekitar 11 malam.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila suami enggan menuruti permintaan mangsa untuk pulang ke rumah ibu bapanya.

Katanya, suspek mengeluarkan kata-kata kesat sehingga mangsa berasa tersinggung dan terus memukul mulut suaminya menggunakan bantal.

“Suspek yang marah kemudiannya terus mencekik leher mangsa dan berlaku pergelutan antara mereka.

“Akibat kejadian itu mangsa mendapat calar dan lebam di leher kerana di cekik, lebam di paha kanan kerana dihimpit oleh lutut suaminya serta sakit di dada kiri kerana terkena siku suaminya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Bukhori berkata mangsa bagaimanapun hanya membuat laporan pada pukul 7.53 malam pada Selasa.

“Susulan itu, polis menahan suspek pada pukul 11.50 pagi di sebuah rumah panjang di kawasan Medamit hari ini,” katanya lagi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18A Akta Keganasan Rumahtangga 1994. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13148

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12619

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news