Harga minyak mentah terus merosot 0 5830

SINGAPURA: Harga minyak mentah meneruskan kemerosotan daripada hari sebelumnya apabila susut sehingga lima peratus.

Ia selepas Arab Saudi berkata ia akan menampung gangguan bekalan daripada sekatan Amerika Syarikat terhadap eksport petroleum Iran bermula bulan depan.

Niaga hadapan Brent berada pada AS$76.37 setong, tujuh cents merosot daripada penutup akhirnya.

Niaga hadapan AS West Texas Intermediate (WTI) pula berada pada AS$66.31 setong, susut 12 cents daripada sesi terdahulu.

Kemerosotan itu berlaku selepas Brent ditutup rendah 4.3 peratus dan WTI ditutup rendah empat peratus dalam sesi terdahulu.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid al-Falih berkata Arab Saudi akan memenuhi sebarang permintaan bagi memastikan pelanggan berpuas hati walaupun jangkaan gangguan bekalan akan berlaku berikutan sekatan As terhadap Iran pada 4 November depan.

Rivkin Securities di Australia berkata harga minyak susut dengan ketara berikutan jaminan yang dibuat Arab Saudi itu. -REUTERS

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news