Harga rokok naik 1 September 0 5714

KUALA LUMPUR – JT International Bhd. (JTI Malaysia) hari ini mengumumkan harga rokok bagi semua jenama yang diedarkannya di Malaysia akan meningkat susulan penguatkuasaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September depan.

“Pengenalan cukai jualan pada 10 peratus bagi produk tembakau di Malaysia akan bermakna peningkatan bagi semua jenama rokok kami dengan mengambil kira perbezaankadar kenaikan daripada kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilevikan ke atas rokok,” kata Pengarah Urusan JTI Malaysia, Cormac O’Rourke dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, harga rokok tidak disemak semula selepas GST berkadar sifar pada Jun lepas susulan arahan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan.

O’Rourke berkata, syarikat itu kecewa kerajaan tidak kembali semula kepada cukai jualan lima peratus yang dikenakan daripada sebelum pengenalan GST dan menambah peningkatan harga ini akan memberi kesan negatif dalam merapatkan jurang harga antara rokok yang dijual secara sah dan haram.

“Kami percaya ini akan memburukkan lagi situasi penjualan rokok haram yang telahpun berada pada tahap kritikal 58 peratus dan akan menyebabkan lebih ramai pengguna beralih kepada rokok haram yang lebih murah.

“Oleh sebab itu, kami menggesa kerajaan meningkatkan usaha penguatkuasaan dalam menangani situasi penjualan rokok haram,” katanya. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13396

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8127

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news