Haziq tidak pernah sertai PBB – Shamsul 0 5846

KUCHING: Haziq Abdullah Abdul Aziz tidak pernah menyertai Parti Persaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada sidang media di bangunan kementerian itu di Putrajaya, hari ini.

“Saya difahamkan beliau (Haziq) tidak pernah menganggotai parti (PBB) yang dianggotai Yang Amat Berhormat Nancy (Datuk Seri Nancy Shukri).

“Beliau (Haziq) terlibat (dengan Nancy) sebagai Felo Perdana dan bertugas dengan bekas menteri itu…Saya berpendapat Felo Perdana tentunya tempat untuk memberi ruang kepada orang muda mencungkil bakat,” katanya.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu juga berpendapat tiada masalah untuk Haziq bertugas bersama Nancy di bawah program Felo Perdana.

Sementara itu, Nancy yang dihubungi semalam menerusi WhatsApp dengan ringkas berkata, “Ia (perkara ini) adalah antara beliau (Haziq) dengan partinya (Parti Keadilan Rakyat). Tiada kena-mengena dengan saya”.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata demikian apabila diminta mengulas dakwaan dalam media sosial mengatakan Haziq individu yang dikaitkan dengan seks sejenis dengan seorang menteri kabinet pernah menjadi pembantu peribadi Nancy.

Beberapa pemilik akaun media sosial (Facebook) mendakwa sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, tahun lalu, Haziq merupakan pembantu peribadi atau pembantu kepada Nancy.

Turut dimuat naik, beberapa gambar Nancy bersama Haziq ketika melakukan tugas rasmi dan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) pada PRU lalu.

Malah sebelum ini Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa Haziq merupakan ahli PBB dan BN.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13861

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13027

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news