Mekanik dicekup bersama dadah di Mukah 0 6162

MUKAH: Seorang mekanik berumur 20 tahun diberkas bersama dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM1,500 di sini pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau, suspek ditahan sekitar 11.30 pagi di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Dan Narkotik Daerah (BSJND) Mukah.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek mendapati ada satu peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine mempunyai anggaran berat 7.62 gram,” katanya kepada Utusan Borneo.

Jimmy berkata siasatan awal mendapati suspek mendapatkan bekalan dadah daripada seorang pengedar di Kuching dan dikirim menggunakan bas.

Katanya, suspek turut didapati positif dadah jenis sama, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news