Huawei minta mahkamah AS batalkan sekatan ke atas produknya 0 6036

BEIJING – Gergasi telekomunikasi China, Huawei semalam meminta mahkamah Amerika Syarikat (AS) membatalkan undang-undang yang melarang agensi kerajaan persekutuan daripada membeli produknya.

Gergasi teknologi itu memfailkan saman terhadap Washington di Mahkamah Daerah AS di Plano, Texas pada Mac lalu. Dalam saman tersebut, Huawei mendakwa bahawa Kongres AS gagal mengemukakan bukti untuk menyokong undang-undang bagi melaksanakan sekatan terhadap produk Huawei.

Menurut Huawei, pihaknya menuntut agar pihak mahkamah segera membatalkan larangan tersebut semalam.

“Kerajaan AS tidak menunjukkan bukti bahawa Huawei menjadi ancaman keselamatan. Tiada bukti untuk menyokong tuduhan sedemikian. Hanya spekulasi,” kata Ketua Pegawai Perundangan Huawei, Song Liuping dalam satu kenya­taan.

Kes mahkamah itu berlaku ketika Huawei turut berdepan perintah eksekutif AS lebih meluas yang melarang penggunaan peralatan jenama China itu di negara tersebut.

Huawei juga berdepan senarai hitam Washington mengakibatkan syarikat itu tidak dapat menggunakan komponen AS dalam produk­nya walaupun larangan tersebut ditangguhkan selama 90 hari. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news