Disangka musang, lelaki maut ditembak abang ipar 0 6064

BINTULU: Seorang lelaki maut apabila dipercayai ditembak secara tidak sengaja oleh abang iparnya ketika memburu di kawasan hutan Sungai Jelai, Tatau, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Dennis Bunyam berkata, dalam kejadian sekitar 10.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Ricky Limbing, 30, maut terkena tembakan peluru jenis penabur pada bahagian dada, perut dan kedua-dua belah lengan dan paha.

Katanya, suspek, 31, yang kemudian pergi mendapatkan sasaran disangka musang, bagaimanapun terkejut apabila menyedari dia tertembak adik iparnya.

“Suspek kemudian mengeluarkan mangsa yang rebah dalam perahu yang dinaikinya sebelum menghantarnya ke Klinik Kesihatan Tatau dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan klinik berkenaan,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati semasa kejadian, suspek dan mangsa pergi berburu di kawasan hutan terbabit sebelum berpecah kepada dua arah.

Katanya, suspek naik ke daratan manakala mangsa bergerak dengan menggunakan perahu ke hilir sungai tanpa memberitahu suspek.

“Bagaimanapun, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar berlakunya insiden bekenaan,” jelasnya.

Katanya, selaras senapang patah dan sebiji kelongsong peluru turut dirampas sebagai bahan bukti kes manakala suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13849

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13019

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news