Insiden serang penyokong Malaysia tindakan tidak bertamadun 0 5993

KUCHING: Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan kekecohan penyokong ketika perlawanan bola sepak Indonesia dan Malaysia malam Khamis sebagai tindakan tidak bertamadun.

Menurutnya bukan senang untuk pasukan Malaysia bermain di padang lawan terutama di Indonesia dimana bukan sahaja pemainnya menghadapi tekanan tetapi juga penyokong Malaysia.

“Daripada video-video yang kita lihat semalam, bukan sahaja pemain Malaysia menghadapi tekanan tetapi penyokong Malaysia yang masuk dan keluar dari stadium turut diserang.

“Kita berharap keadaan seperti ini dapat dikawal dan tidak melarat ke negara kita kerana kita sudah bertamadun dan hanya mereka yang tidak bertamadun melakukan perkara seperti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemenangan 3-2 pasukan Harimau Malaya ke atas Indonesia pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta malam tadi.

Karim yang mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia turut memuji semangat juang para pemain yang berjuang sehingga ke minit yang terakhir.

“Jaringan kemenangan pada masa kecederaan itu amat bermakna dan saya boleh bayangkan suasana di stadium pada masa itu termasuk kekecewaan penyokong pasukan lawan.

“Kita amat gembira kerana agak lama bola sepak Malaysia tidak menunjukkan semangat juang seperti ini dan harapan saya pasukan Sarawak akan mempunyai semangat juang yang tinggi seperti ini,” katanya. – Utusan

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13857

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13026

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news