Jerebu – IPU di Kuching Sangat Tidak Sihat 0 6908

IPU Kuching Sangat Tidak Sihat

KUCHING : Keadaan jerebu di sini berada pada tahap membimbangkan apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan 206 iaitu pada tahap sangat tidak sihat setakat jam 9 pagi tadi.

Menurut Jurucakap Sekreteriat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) Mejar(PA) Ismail Mahedin, 8 kawasan lain yang mencatatkan bacaan pada tahap tidak sihat ialah Sri Aman (190), Samarahan (186), Sarikei (138), Sibu (108), Miri (143), Mukah (106), SK Baram (108) dan ILP Miri (110).

Manakala bagi 4 kawasan lain iaitu Bintulu, Samalaju, Kapit, Limbang masing-masing mencatatkan bacaan 90, 85, 61, dan 70 iaitu pada tahap sederhana.

Selain itu, sumber daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak turut mengesan sebanyak 12 titik panas di negeri ini, selain jumlah titik panas bagi kawasan Kalimantan terus meningkat kepada 1087.

Dalam perkara lain, Mejar Ismail ketika dihubungi mengulas sekiranya IPU melebihi 201 ke atas, sekolah-sekolah akan mula ditutup namun Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) akan diteruskan dan dipantau ketat oleh pihak sekolah dan petugas peperiksaan.

Jelasnya lagi pihak Sekreteriat JPBN pada pagi ini akan mula mengedarkan topeng muka ke Jabatan Pendidikan Negeri bagi tujuan persedian UPSR untuk bahagian Kuching, Samarahan, Serian dan Sri Aman. – TVSarawak.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13010

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news