Islam bukan agama yang menekan orang lain 0 5876

SARIKEI: Islam bukanlah satu agama yang menekan orang lain atau memecah belahkan masyarakat, sebaliknya ia adalah agama yang menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud berkata Islam sebagai agama penyatuan sememangnya telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi dan menjadi panduan dalam pentadbiran negara ini khasnya di Sarawak.

“Perlembagaan negara memberikan hak yang istimewa kepada Islam sebagai agama rasmi negara ini namun ia tidak mempunyai diskriminasi terhadap masyarakat beragama lain.

“Islam menggalakkan kita berbaik-baik dengan semua golongan dan di negeri kita, kita dapat memupuk persaudaraan dengan masyarakat pelbagai kaum,” katanya semasa majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di Kompleks Sukan Sarikei di sini, semalam.

Beliau mengucapkan tahniah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negeri itu kerana berjaya mewujudkan hubungan yang amat baik antara satu sama lain.

Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kepimpinan negeri itu belajar daripada cara pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah mengikut Piagam Madinah.

Piagam itu yang menekankan pentingnya sistem sosial yang adil dan saksama memperkukuhkan perpaduan masyarakat di Madinah pada ketika itu.

Dengan mencontohi Rasulullah, Abang Johari berkata kerajaan negeri akan dapat mentadbir Sarawak dengan baik.

Taib dan Abang Johari selepas itu menyertai lebih 3,200 peserta perarakan daripada 129 kontinjen berbilang kaum dan agama sejauh 3.5 kilometer bermula dari kompleks tersebut. — BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13961

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13126

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news