Pelantikan Maszlee sebagai Menteri Pendidikan satu kesilapan 0 5786

KUCHING: Susulan larangan kepada wakilrakyat pembangkang menghadiri program di sekolah tanpa kebenaran Kementerian Pendidikan, wujud suara mengatakan lantikan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan sebagai langkah silap.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata ini adalah berdasarkan beberapa tindakan beliau selepas dilantik sebagai menteri selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei lepas.

“Setelah melihat banyak perkara yang diperkenal atau dibangkitkan Menteri Pendidikan, tidak sukar untuk kita membuat kesimpulan bahawa kerajaan persekutuan PH silap dalam melantik seorang Menteri Pendidikan,” katanya yang diminta mengulas mengenai isu larangan tersebut semalam.

Menurutnya, seorang Menteri Pendidikan harus tahu dan bertindak cepat tentang realiti keadaan sekolah usang terutama dipedalaman.

“Kita di Sarawak serius tentang isu sekolah, sebab itu kerajaan negeri sanggup memperuntukkan sejumlah RM1 bilion untuk membaiki dan menaik taraf sekolah uzur di Sarawak.

“Kerajaan persekutuan sepatutnya bertanggungjawab memperuntukkan RM1 bilion lagi bagi tujuan sama, tetapi sikap terhegeh-hegeh Menteri Pendidikan memperlihatkan beliau tidak serius dengan tugasnya,” katanya.

Malah, Kerajaan Sarawak menawarkan pinjaman RM1 bilion kepada Kementerian Pendidikan bagi membiayai kos menaik taraf sekolah usang tetapi tiada respons daripada Menteri Pendidikan.

“Mungkin (Maszlee) masih keliru serta kabur tentang tanggungjawab beliau sendiri,” katanya. Agenda membina serta membangunkan modal insan generasi masa depan bukan hanya bermula daripada hasil didikan ibu bapa tetapi juga melalui sistem pendidikan alam persekolahan sehingga ke peringkat tertinggi, jelasnya.

Itu adalah sebahagian per-kara menjadi tanggungjawab seorang Menteri Pendidikan termasuk infrastruktur dan pengurusan berbagai aspek dalam sistem pendidikan negara.

“Negara yang moden dan maju bukan sahaja dinilai melalui pembangunan infrastruktur yang mengagumkan tetapi juga tahap kualiti pemikiran dan kemanusian sesebuah masyarakat atau warga-negara,” jelasnya.

Menurutnya, seorang lagi menteri yang harus dipertimbangkan kedudukannya dalam kabinet ialah Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial P Waytha Moorthy.

Baru-baru ini tular video lamanya selaku pemimpin utama Pertubuhan Bersatu Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) memburuk-burukkan Malaysia di negara luar dengan menyebarkan kenyataan palsu berunsur fitnah.

“Sebuah negara maju juga seharusnya mempunyai ciri-ciri perpaduan yang kukuh serta akrab dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama,” tekan Abdullah.

Justeru, katanya rombakan kabinet persekutuan mesti dilakukan kerana ramai ahlinya tidak cekap atau belum matang untuk mengurus negara.

“Cita-cita PH untuk membina sebuah negara ‘Malaysia Baru’ hanya seperti ‘lebih sudu daripada isi dan kuah’,” katanya.

Bagaimanapun beliau memuji prestasi beberapa menteri yang bukan sahaja baharu, tetapi juga menjadi Ahli Parlimen dan terus dilantik ke jawatan itu. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12981

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12261

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news