Istana Besar Seri Menanti tarik balik darjah kebesaran Najib dan Rosmah 0 6131

SEREMBAN: Istana Besar Seri Menanti menarik semula pengurniaan darjah kebesaran kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Kerajaan negeri merangkap Pendaftar Darjah, Dr Razali Ab Malik, berkata penarikan semula itu membabitkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada Najib dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) yang memberi gelaran Datuk Seri kepada Rosmah.

Beliau berkata, pembatalan dibuat selepas mesyuarat khas pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat yang diadakan di istana berkenaan, hari ini.

“Pengurniaan SPNS kepada Najib pada 2005 ditarik balik serta-merta mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.5 bertarikh 2 Mac 2006.

“Dalam mesyuarat itu juga memutuskan bahawa pengurniaan SPTJ kepada Datin Seri Rosmah Mansor ditarik balik serta-merta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pengurniaan SPTJ itu diberikan kepada Rosmah pada 2006 mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.23 Tambahan 1 bertarikh 9 November 2006.

Beliau berkata, keputusan itu bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di negeri ini.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12999

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12473

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news